

Menjelang kiraan detik ke tahun 2026, timbul kegusaran dalam kalangan pembeli kenderaan elektrik (EV) tentang status pengecualian cukai mereka.
Untuk ‘menjernihkan’ keadaan, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru sahaja mendedahkan khabar gembira iaitu mana-mana EV yang dibawa masuk ke Malaysia sebelum 28 Disember 2025 tidak akan kehilangan hak pelepasan cukai, walaupun insentif tersebut dijadualkan tamat secara rasmi pada 1 Januari 2026.
Kereta Belum Sampai Tangan, Adakah Masih Layak Bebas Cukai?
Ramai pembeli bimbang jika kereta diserahkan pada tahun depan, mereka terpaksa membayar harga lebih tinggi. Menurut Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, kunci utamanya bukan pada tarikh penghantaran, tetapi pada tarikh pengisytiharan kastam.
Ujarnya, “Yang penting stok yang terima masuk dalam negara harus masuk tahun ini sebelum 28 Disember 2025 dan diberi deklarasi kastam.”
Asalkan stok kenderaan sudah tiba di pelabuhan Malaysia dan diisytiharkan kepada kastam sebelum tarikh tersebut, status bebas cukainya adalah kekal. Ini bermakna, jadual penghantaran kepada pelanggan tidak menjejaskan perkara ini.
Betul Ke Cukai Jalan EV 2026 Jadi Lebih Murah Selepas Ini?Walaupun tempoh ‘cuti’ cukai jalan bakal berakhir pada 31 Disember 2025, pemilik EV tidak akan dikenakan cukai berdasarkan struktur lama yang mahal. Kerajaan melalui Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah memperkenalkan sistem baharu yang jauh lebih mesra poket:
Jadual di atas menunjukkan anggaran cukai jalan yang dikenakan terhadap model-model EV bermula tahun 2026 nantiKenapa Jualan Kereta Tahun 2025 Boleh Pecah Rekod 800,000 Unit?Industri automotif tempatan sedang melalui fasa luar biasa. MAA menjangkakan jumlah keseluruhan industri (TIV) akan melebihi 800,000 unit tahun ini, didorong oleh beberapa faktor:
Pembelian Panik: Ramai pengguna berpusu-pusu membuat tempahan EV import (CBU) dalam dua bulan terakhir ini untuk mengejar tarikh akhir pengecualian cukai.Promosi Agresif: Pengedar kenderaan melancarkan kempen jualan akhir tahun yang sangat agresif untuk menghabiskan stok sedia ada.Minat Terhadap EV Lokal: Pelancaran model seperti Perodua QV-E dan Proton e.MAS 7 telah merancakkan lagi ekosistem automotif negara.Mengapa Insentif CBU Ditamatkan?
Penamatan insentif untuk model import sepenuhnya (CBU) sebenarnya adalah langkah strategik kerajaan untuk beralih ke arah pemasangan tempatan (CKD)
Kerajaan dijangka memperoleh kenaikan hasil persekutuan sebanyak 2.3% atau sekitar RM12.8 bilion tahun depan hasil daripada perubahan polisi ini.
Fokus kini beralih kepada jenama yang melabur dalam pengeluaran tempatan. Dengan lebih banyak jenama global berminat membina kilang di Malaysia, teknologi automotif negara bakal berkembang lebih pantas.
Juga Menarik: Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Ini Impaknya Kepada Harga Kereta
