
Seorang pengguna platform X terasa dirinya kena Scam ketika hendak membeli minuman untuk berbuka puasa.

Hari pertama puasa kena scam, jadi masih rasa happy lagi hahahhaha
Anggap je la salah sendiri tak tanya “jug yang mana satu.
Katanya peniaga yang menjual air tebu tersebut bijak kerana meletakkan 1 jug air tebu di depan untuk menarik pelanggan membelinya dengan harga RM8.

Namun sangkaan lelaki ini meleset kerana jug yang digunakan lebih kecil dan diletakkan di belakang jug besar yang menjadi tarikan pelanggan.
Rupanya 1 jug dia, yang dalam gambar no.2 tu. Bijak dia, jug lah juga.. tapi kecik, letak belakang-belakang, jug besar letak depan. Ni last la ya bang. Saya tak beli dah lepas ni.
Kesimpulannya peniaga tu tak salah pun. Lebih kepada miss communication. Lain kali kena tanya dulu jug yang mana satu digunakan untuk harga RM8.
Kredit: Hadi Nor (X)
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


