Pembenihan awan bergantung pada permohonan negeri

11 May 2023 • 3:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nik Nazmi (dua dari kanan) bersalam dengan pelajar selepas Townhall Madani @ UiTM di Machang, di sini pada Khamis.

MACHANG - Proses pembenihan awan semasa musim panas ketika ini akan dilaksanakan bergantung kepada permohonan oleh kerajaan negeri.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihak kerajaan Persekutuan akan terus membantu proses itu sekiranya berbangkit.

“Setakat ini keperluan seperti di Pulau Pinang apabila dibangkitkan dan terus dibantu.

“Operasi itu juga mempunyai mekanisme tersendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Townhall Madani @ Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Machang, di sini pada Khamis.

Pada 2 Mei lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjalankan Operasi Pembenihan Awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved