Pembenihan awan di Sarawak bermula hari ini

LocalEnvironment
3 Sep 2026 • 2:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pembenihan awan di Sarawak bermula hari ini

KUCHING – Operasi pembenihan awam yang menyasarkan kawasan empangan utama dan tadahan air di Sarawak akan dilaksanakan bermula hari ini hingga Sabtu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata operasi itu bergantung kepada kewujudan awan yang sesuai serta keadaan atmosfera yang menggalakkan.

“Sasaran kami hari ini ialah kawasan loji hidroelektrik Batang Ai terlebih dahulu. Selepas itu, pasukan akan bergerak ke Murum dan Bakun untuk menilai keadaan awan di kawasan berkenaan. Selain itu, kami turut menyasarkan 13 kawasan tadahan air di Sarawak. Tujuannya adalah untuk meningkatkan jumlah air di kawasan berkenaan,” katanya selepas menghadiri taklimat mengenai operasi itu di sini hari ini.

Operasi berkenaan antara lain melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Uggah berkata operasi pembenihan awan itu turut fokus kepada usaha membantu mengurangkan jerebu yang menjejaskan beberapa kawasan di negeri itu.

“Kita berharap hujan yang turun dapat membantu mengurangkan jerebu. Itu juga antara objektifnya, namun kita tidak boleh menjanjikan jerebu akan hilang kerana kita jangan lupa dari mana sumber jerebu itu datang.

“Kami berharap mereka (Indonesia) akan terus melakukan yang terbaik untuk mengurangkan jumlah titik panas di sana. Jika jumlah titik panas di sana berkurangan, jerebu juga akan berkurangan kerana jumlah titik panas di Sarawak adalah sangat rendah,” katanya. – Bernama

The post Pembenihan awan di Sarawak bermula hari ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved