Pembentukan dasar awam perlu penyelidikan berkualiti, data sahih

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 11:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pembentukan dasar awam perlu penyelidikan berkualiti, data sahih

PUTRAJAYA – Setiap pembentukan dasar awam perlu diputuskan berdasarkan penyelidikan berkualiti, data sahih dan analisis menyeluruh bagi memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, pendekatan itu selari dengan amalan penggubalan dasar berdasarkan bukti yang semakin diterima pakai di peringkat antarabangsa.

“Penyelidikan juga penting bagi mengenal pasti kelemahan sistem, menilai risiko, mengukur keberkesanan dasar serta mencadangkan penambahbaikan yang lebih mampan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abd. Halim berkata, sebanyak 50 tajuk penyelidikan berkaitan tatakelola, integriti dan antirasuah telah dipilih serta dilaksanakan oleh entiti penyelidikan tempatan melalui geran di bawah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) sepanjang 2020 hingga 2025.

Katanya, hasil penyelidikan berkenaan bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan ilmu dan pengayaan wacana berkaitan tatakelola, malah membantu kerajaan serta pemegang taruh mengenal pasti risiko dan isu berkaitan rasuah.

Abd. Halim turut berharap persidangan itu dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara penyelidik dan pembuat dasar, selain menjadikan setiap dapatan kajian yang dibentangkan sebagai asas kepada penambahbaikan dasar, sistem dan proses kerja. – KOSMO! ONLINE

The post Pembentukan dasar awam perlu penyelidikan berkualiti, data sahih appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved