Pembentukan Kerajaan Baharu: Keputusan Sudah Dibuat, BN Keluarkan Kenyataan Nanti

Politics
22 Nov 2022 • 12:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
BN akan mengeluarkan kenyataan mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan selepas keputusan mengenainya telah dibuat oleh parti itu. - Gambar oleh Syeda Imran

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan Persekutuan secara bersama, sudah dibuat.

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata, susulan keputusan itu, kini pertemuan diadakan dengan Ahli Parlimen.

“Biar BN keluarkan kenyataan nanti,” katanya.

Perkara itu turut disahkan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong memberitahu, kenyataan rasmi berhubung keputusan kerjasama BN-PH akan dibuat pejabat Setiausaha Agung BN. 

“Mereka (BN) akan membuat pengumuman,” katanya. 

Terdahulu, beberapa pemimpin BN menghadiri mesyuarat di Menara Dato Onn di sini, bagi memutuskan sama ada gabungan itu akan bekerjasama dengan PH dalam pembentukan kerajaan Persekutuan atau sebaliknya. 

Antara dilihat memasuki bangunan berkenaan adalah Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Annuar Nasarah; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias. - Getaran, 22 November 2022