Pembentung Runtuh, Jalan Kota Kinabalu- Sandakan Terputus

5 Jan 2023 • 12:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jalan tersebut kini ditutup sementara

Pembentung Runtuh, Jalan Kota Kinabalu- Sandakan Terputus. Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembentung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang semalam.

Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian kegagalan pembentung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan tersebut dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan.

image is not available

“Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru namun hanya untuk dilalui kenderaan kecil,” menurut kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan itu, semua pengguna jalan raya dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah antara jalan utama menghubungkan Pantai Barat dan Timur negeri ini.

abatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada 8.35 malam ini untuk beberapa kawasan antaranya di Pantai Barat Sabah melibatkan daerah Ranau, Tuaran dan Kota Belud hingga 1 pagi tadi.

Baca juga artikel lain :

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved