Pemberi tawaran peroleh 86.18% saham MAHB, tarikh akhir dilanjut ke 24 Januari ini

LocalBusiness & Finance
15 Jan 2025 • 9:48 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama bagi saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 86.18 peratus.

AmInvestment Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat 5 petang, 15 Januari 2025, jumlah saham MAHB yang dipegang oleh penawar tawaran bersama dan penawar tawaran muktamad bersama adalah sebanyak 85.77% (1,431,048,124 saham).

Ini meningkatkan jumlah saham yang diperoleh kepada 86.18 peratus, iaitu sebanyak 1,437,965,399

Tawaran pengambilalihan saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham dan tempohnya dilanjutkan kepada Jumaat, 24 Jan, 2025, daripada 17 Jan, 2025, kata bank pelaburan itu. - 15 Januari, 2025