Pembesar Suara Marshall Kilburn III Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1999

TechnologyDigital
15 Jul 2025 • 5:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Marshall telah melancarkan pembesar suara terbaharu mereka iaitu Kilburn III yang kini tersedia untuk pengguna di Malaysia. Model ini menampilkan teknologi bunyi True Stereophonic 360° yang direka khas bagi membolehkan audio disampaikan dengan jelas dari pelbagai arah.

image is not available

Susunan stereo pada Kilburn III pula membolehkan setiap rentak muzik kedengaran secara seimbang, tanpa mengira kedudukan pengguna. Rekaan ini memberi kelebihan kepada mereka yang mengutamakan pengalaman audio yang stabil dan menyeluruh.

image is not available

Teknologi Dynamic Loudness yang digunakan pada Kilburn III membolehkan penyesuaian bunyi dilakukan secara bebas sambil mengekalkan kejelasan pada pelbagai tahap kelantangan. Ia menyediakan tombol kawalan bertekstur yang membolehkan pengguna melaras frekuensi seperti bass, mid dan treble mengikut keselesaan pendengaran masing-masing.

image is not available

Selain itu, fungsi kawalan mainan muzik seperti jeda, langkau trek dan pemilihan tetapan audio turut disediakan. Butang M yang disertakan membolehkan akses pantas kepada tetapan audio kegemaran sekaligus memudahkan kawalan ketika penggunaan harian.

Kilburn III hadir dengan penarafan IP54 yang menawarkan perlindungan asas terhadap debu dan percikan air. Pembesar suara ini turut menyediakan fungsi tambahan sebagai powerbank yang membolehkan pengguna mengecas peranti lain. Dengan masa main balik sehingga 50 jam, ia direka untuk menyokong kegunaan harian yang berpanjangan tanpa perlu kerap dicas.

image is not available

Marshall Kilburn III ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Black & Brass serta Cream dengan harga jualan RM1,999. Ia akan tersedia bermula 18 Julai 2025 di beberapa pengedar rasmi terpilih termasuk TMT By Thundermatch, Harvey Norman dan Urban Republic.

View Original Article