Pembiayaan Islam perlu telus

OpinionBusiness & Finance
13 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pembiayaan Islam perlu telus

SEBAGAI sebahagian daripada pelanggan yang menggunakan kemudahan pembiayaan peribadi Islam di sebuah institusi perbankan, berharap agar pelaksanaan produk kewangan berlandaskan syariah benar-benar menepati prinsip keadilan, ketelusan dan ihsan yang menjadi tunjang Islam.

Sebahagian pelanggan berasa terbeban apabila berdepan notis tuntutan guaman serta kos berkaitan yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kegagalan memenuhi obligasi pembiayaan.

Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada pelaksanaan pembiayaan tersebut benar-benar mencerminkan semangat muamalat Islam yang mengutamakan keadilan dan mengelakkan unsur penindasan.

Islam menegaskan setiap urusan kewangan hendaklah dilaksanakan secara adil, telus dan tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, institusi kewangan yang menawarkan produk patuh syariah sewajarnya memastikan setiap syarat, caj dan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara saksama serta mengambil kira kebajikan pelanggan.

Sehubungan itu, kami berharap kerajaan, pihak berkuasa berkaitan serta institusi kewangan dapat meneliti semula aspek pelaksanaan pembiayaan Islam agar benar-benar selaras dengan prinsip syariah.

Kepercayaan masyarakat terhadap sistem kewangan Islam perlu dipelihara melalui amalan yang berintegriti, telus dan berteraskan keadilan.

Usaha penambahbaikan ini penting bagi memastikan sistem kewangan Islam terus diyakini serta menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan dunia. –UTUSAN

DR. ZUNAIDDIN IBRAHIM
Rawang, Selangor

The post Pembiayaan Islam perlu telus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved