Pembinaan ART Kuching Dijangka Bermula September Tahun Ini

10 Jul 2022 • 2:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pembinaan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching September Depan.

Pembinaan ART Kuching Dijangka Bermula September Tahun Ini. Menurut Pengarah Komunikasi Korporat Program SEED dan Perhubungan Bumiputera Sarawak Metro, Alexius Barieng, kerja-kerja pembinaan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) dijangka akan bermula pada September depan.

Menurut beliau, kenderaan ART berkuasa hidrogen pertama di Sarawak itu boleh dilihat secara fizikal menjelang separuh kedua 2023.

image is not available
Pembinaan ART Kuching Dijangka Bermula September Tahun Ini

Jadual Pengoperasian Pembinaan ART

Pengeoperasian sepenuhnya pula dijangka akan bermula pada suku keempat 2025.

Tambah beliau lagi, kerja-kerja pembinaan ART ini akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2027.

image is not available
Kredit foto: Google

Dua laluan akan dibina

Pembinaan ART Kuching ini akan melibatkan dua jajaran laluan sepanjang 52.6 kilometer.

Dalam pada itu, Sarawak Metro sebagai anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah dilantik untuk menguruskan sepenuhnya operasi pembinaan ART ini.

Meskipun Sarawak jadi negeri pertama mahu menggunakan ART, Johor pula secara ‘diam-diam’ telah memulakan fasa ujian ART pada awal 2021 yang lalu: