Pembinaan Klinik Kesihatan Sungai Manila masih di peringkat penilaian

LocalHealth & Fitness
23 Jul 2026 • 5:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pembinaan Klinik Kesihatan Sungai Manila masih di peringkat penilaian

Kota Kinabalu: Cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 6 baharu bersama kuarters kakitangan di Sungai Manila, Sandakan masih berada pada peringkat pra-pelaksanaan berikutan projek itu sedang menjalani penilaian semula dari aspek teknikal dan kewangan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Julita Majungki (gambar) berkata projek berkenaan masih belum memasuki peringkat tender kerana dokumen teknikal dan kewangan berkaitan memerlukan penyelarasan lanjut serta kelulusan baharu.

Beliau berkata Ringkasan Butiran Awalan (PDA) telah diterima dan dibentangkan namun anggaran kos projek meningkat daripada RM15 juta kepada RM34.82 juta berikutan perubahan tapak, pindaan reka bentuk serta peningkatan harga pasaran semasa.

“Sehubungan itu permohonan Notis Perubahan (NOC) perlu dikemukakan bagi meningkatkan siling peruntukan projek kepada RM35 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manila Datuk Hazem Mubarak Musa mengenai perancangan kerajaan membina klinik kesihatan di kawasan itu serta jangkaan permulaan pembinaan.

Julita berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah kini sedang menyediakan dokumen berkaitan untuk dibentangkan semula dalam mesyuarat PDA sebelum projek itu boleh diteruskan.

Dalam soalan tambahan Adun Silam Datuk Mohd Yusof Apdal meminta perkembangan mengenai cadangan menggantikan Klinik Kesihatan Lahad Datu yang sudah uzur, sambil menyatakan fasiliti itu yang dibina pada 1912 masih beroperasi sebagai klinik kesihatan daerah walaupun berusia lebih satu abad.

Beliau berkata isu berkenaan telah dibangkitkannya kepada Menteri dan Timbalan Menteri hampir setiap tahun malah Julita pernah melawat klinik itu bersamanya tahun lalu serta menyatakan komitmen untuk menaik taraf kemudahan berkenaan.

Yusof turut meminta agar Klinik Kesihatan Lahad Datu dimasukkan dalam senarai keutamaan kerajaan sambil memahami bahawa pelaksanaan di peringkat Persekutuan tertakluk kepada senarai permohonan kementerian di Sabah serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Sebagai maklum balas Julita mengambil perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yusof.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved