Pembinaan LRT Di Langkawi, Tiada Permohonan Dari Kedah Kepada APAD – Loke

LocalPolitics
2 May 2024 • 3:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan Kerajaan Kedah belum menghantar permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berhubung pembinaan LRT di Langkawi.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengumuman kerajaan negeri baru-baru ini mengenai rancangan LRT tersebut hanyalah memorandun persefahaman (MoU).

image is not available

Menurutnya, MoU itu ditandatangani dengan sebuah firma Korea Selatan untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan projek seperti itu.

“Dari segi undang-undang, mereka perlu memohon satu skim landasan kereta api daripada Apad, iaitu di bawah Kementerian Pengangkutan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk skim itu.

“Kalau ada tindakan seterusnya, sekiranya syarikat tersebut ada usaha sama, mereka boleh memohon skim itu daripada Apad,” katanya dalam satu sidang media.

Tiada permohonan pembinaan LRT di Langkawi dari Kedah

image is not available

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Loke juga berkata operasi jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.

“Kita sedang melakukan pengubahsuaian ketika ini dan ada sedikit penyesuaian di terminal,” ujarnya.

Beliau turut menggesa lebih ramai pelabur dalam industri aeroangkasa dan pemilik jet peribadi untuk menghantar jet mereka ke Malaysia untuk diselenggara, dibaiki dan dibaik pulih (MRO), selari dengan rancangan Malaysia untuk menjadi hab MRO.

Terdahulu, Exco Kedah Haim Hilman Abdullah dilaporkan berkata Permodalan Kedah Bhd telah menandatangani MoU dengan firma Korea Selatan, Royal Eco Train Development (RETD) pada Isnin.

image is not available

Foto: Focus Malaysia

Menurut Haim Hilman, kajian firma berkenaan terhadap cadangan berkenaan akan siap dalam tempoh enam bulan lagi.

Sementara itu, Kerajaan Kedah merancang membangunkan laluan LRT dari terminal feri Kuah ke Pantai Cenang sebelum diperluaskan secara berperingkat ke destinasi pelancongan lain di pulau itu.

Sumber: Free Malaysia Today (Faisal Asyraf)