Pembubaran DUN Melaka: ‘2 Jumaat Lagi’ - Rauf 

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 5:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pembubaran DUN Melaka: ‘2 Jumaat Lagi’ - Rauf 

MELAKA - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diramalkan berlaku dua minggu lagi, seperti dibayangkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut beliau, rakyat perlu membuat pilihan bijak dengan memilih pemimpin yang mempunyai keupayaan merancang serta melaksanakan agenda pembangunan negeri, apabila tiba masanya nanti.

“Tidak lama lagi (sebelum pembubaran). Saya pernah kata sebelum ini tinggal empat Jumaat lagi, tetapi sekarang hanya tinggal dua Jumaat,” katanya ketika ditemui di Kampung Bertam Ulu, Melaka.

Dalam nada berseloroh, Ab Rauf turut berkata keputusan mengenai tarikh pembubaran boleh dibuat pada bila-bila masa.

“Bila nak buat? Esok pun boleh. Apa-apa, bila-bila masa. Jangan pilih merah, kita pilih biru,” katanya.

Bayangan berhubung pembubaran DUN itu hadir sehari selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Ab Rauf supaya tidak berlengah untuk mengumumkan perkara berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata pengumuman tersebut penting bagi memberi ruang kepada rakyat, khususnya golongan muda, untuk menentukan hala tuju serta masa depan negeri Melaka. - Getaran, 7 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved