Pembukaan Sukma 2024 Di Stadium Sarawak Malam Ini, MetMalaysia Ramal Cuaca Baik Di Kuching

17 Aug 2024 • 3:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kuching diramal tiada hujan malam ini

Pembukaan Sukma 2024 Di Stadium Sarawak Malam Ini, MetMalaysia Ramal Cuaca Baik Di Kuching. Dilaporkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tiada hujan malam ini di bandar raya Kuching, di mana majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma) XXI akan dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam di Stadium Sarawak.

Perkara ini adalah menurut ramalan cuaca khas untuk Sukma XXI dari 17-21 Ogos yang dikeluarkan oleh MetMalaysia cawangan Kuching semalam di laman web rasmi jabatan berkenaan.

image is not available
Pembukaan Sukma 2024 Di Stadium Sarawak Malam Ini, MetMalaysia Ramal Cuaca Baik Di Kuching

Ramalan cuaca khas untuk sembilan bahagian

Ramalan cuaca khas itu bertujuan untuk sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri.

Selain daripada Kuching, bahagian Samarahan, Serian, Betong dan Mukah juga diramalkan tiada hujan pada hari ini. Bagaimanapun, cuaca hujan diramal di Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

Sebelum ini, ramai yang teruja melihat teaser menakjubkan pembukaan Sukma pada tahun ini di Stadium Sarawak. Orang ramai sudah tidak sabar untuk berkunjung pada malam ini.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved