‘Pembunuh cendawan’ rayu sabitan kes bunuh

17 Aug 2026 • 2:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Pembunuh cendawan’ rayu sabitan kes bunuh

MELBOURNE: Pembunuh tiga individu menggunakan cendawan beracun, Erin Patterson, akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan kes pembunuhan yang menggemparkan Australia dan mendapat perhatian dunia.

Wanita berusia 51 tahun itu disabitkan bersalah tahun lalu kerana membunuh ibu bapa mertuanya serta ibu saudara suaminya pada 2023 selepas menghidangkan hidangan daging Wellington yang dicampur cendawan beracun jenis death cap.

Patterson turut didapati bersalah atas cubaan membunuh bapa saudara suaminya, seorang paderi tempatan yang terselamat selepas memakan hidangan berkenaan, namun terpaksa menjalani rawatan di hospital selama beberapa minggu.

Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan layak memohon parol selepas menjalani hukuman selama 33 tahun.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan di Melbourne akan mendengar rayuan Patterson selama dua hari, termasuk permohonannya untuk mengetepikan sabitan tersebut.

Pada masa sama, pihak pendakwaan turut mengemukakan rayuan bagi mendapatkan hukuman lebih berat terhadap Patterson.

Patterson memohon untuk mengikuti prosiding berkenaan menerusi pautan video secara langsung dari Pusat Dame Phyllis Frost, penjara berkeselamatan maksimum di pinggir barat Melbourne.

Patterson mendakwa berlaku beberapa ‘kegagalan keadilan yang ketara’ dalam perbicaraannya selepas hakim tersilap dalam menentukan bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah.

Peguamnya berhujah sebahagian bukti yang diterima hakim, termasuk mesej Facebook, data menara telekomunikasi serta hantaran mengenai penemuan cendawan death cap, tidak berkaitan dengan kes atau boleh menjejaskan pembelaannya secara tidak adil.

Sebaliknya, bukti mengenai gambar cendawan yang ditemukan dalam kad memori di rumah Patterson pula tidak sepatutnya diketepikan, kata peguamnya dalam hujahan rayuan yang dikemukakan pada November tahun lalu.

Peguamnya turut mendakwa berlaku “ketidakaturan asas” ketika juri diasingkan sepanjang perbicaraan sehingga “menjejaskan integriti keputusan juri secara serius”, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Peguam Patterson juga menuduh pihak pendakwaan menjalankan pemeriksaan balas yang ‘tidak adil dan menindas’ sepanjang perbicaraan.

Sebelum mendengar hujah rayuan secara terperinci, tiga hakim Mahkamah Rayuan perlu menentukan terlebih dahulu sama ada alasan yang dikemukakan mencukupi untuk membolehkan Patterson mencabar sabitan terhadapnya.- AFP

The post ‘Pembunuh cendawan’ rayu sabitan kes bunuh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved