Pembunuh Sosilawati Ke Tali Gantung, Anak Perempuan Luah Rasa Syukur – “Allahuakbar..Allahuakbar”

LocalPolitics
8 Oct 2024 • 4:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap pembunuh usahawan wanita, Datuk Sosilawati Lawiya 14 tahun lalu.

Pesalah yang juga bekas peguam dan pekerja ladang bersama-sama tiga pembantunya kekal dihukum gantung sampai mati.

image is not available

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menolak permohonan semakan hukuman mati bekas peguam N, Pathmanabhan,54, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan,32, untuk mengetepikan hukuman gantung itu.

Sementara itu, anak kepada Allahyarham Sosilawati, Datin Rita Sosilawati meluahkan rasa syukur di atas keputusan Mahkamah Persekutuan itu hari ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Alhamdulillah. Baru dapat keputusan tadi hukuman mati dikekalkan.

Allahyarham Sosilawati Lawiya mati dibunuh di mana mayat mangsa telah dibakar di hartanah milik Pathmanabhan di Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Ayah Memang Berhasrat Nak Tunaikan Haji.." - Anak Terkilan Suspek Samun Arwah Sabari Semata-Mata Untuk Berjudi