Pembunuhan Zayn Rayyan: Polis selesai ambil keterangan pengasuh, dua ahli keluarga

3 Jun 2024 • 6:30 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Polis sudah selesai mengambil keterangan bekas pengasuh Zayn Rayyan Abdul Matiin dan dua ahli keluarganya, bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kepada Scoop.

“Keterangan pengasuh bersama dua lagi ahli keluarganya selesai diambil petang ini.

“Tiada tangkapan dilakukan dan mereka dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu hari ini, Hussein memaklumkan, tiga individu terbabit dipanggil polis bagi membantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan.

Menurut beliau, mereka dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tujuan berkenaan.

“Ini adalah bagi melengkapkan siasatan.

Kelmarin, ibu dan bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhannya yang ditemukan meninggal dunia berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, 6 Disember tahun lalu.

Mereka ditahan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan polis terhadap kes tersebut. – 3 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved