Pemburu harta karun temui emas RM1.6 juta

2 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemburu harta karun temui emas RM1.6 juta

LONDON – Dua pemburu harta karun di Britain menjumpai tiga gelang emas  dari Zaman Gangsa yang dianggarkan bernilai lebih £300,000 ( RM1.6 juta) ketika menyertai satu perhimpunan mengesan logam, lapor agensi berita The Sun UK.

Alan Daniels, 48, dan Andy Crammond, 34, menemukan artifak purba berusia 3,000 tahun itu di sebuah padang di kawasan ladang di Blackford, berhampiran Carlisle.

Penemuan pertama berlaku apabila alat pengesan logam milik Crammond mengesan perhiasan berkenaan yang tertimbus beberapa inci di bawah tanah yang baru dibajak.

“Saya rasa gelang-gelang ini terangkat ke permukaan selepas terkena bilah bajak. Emas tidak terjejas langsung dan ia keluar dari tanah dalam keadaan sama seperti ketika ia tertanam lebih 3,000 tahun lalu,” ujar Daniels.

Dua lagi gelang serupa ditemui kira-kira 6 meter dari lokasi asal.

Ujian awal mendapati gelang tersebut dipercayai berasal sekitar 1100 Sebelum Masihi (SM) dengan ketulenan emas sekurang-kurangnya 22 karat dan berat keseluruhan mencapai 518 gram.

Pakar sejarah percaya barangan perhiasan itu dahulunya dimiliki oleh golongan kaya atau pemilik tanah berstatus tinggi.

Ia mungkin ditanam sebagai persembahan ritual keagamaan untuk memohon hasil tuaian yang baik, atau disembunyikan ketika ancaman serangan musuh. – AGENSI

 

The post Pemburu harta karun temui emas RM1.6 juta appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved