Pemegang Saham Axiata Luluskan Cadangan Penggabungan CELCOM-DIGI

Business & Finance
18 Nov 2022 • 2:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah Axiata Group Bhd mengumumkan bahawa pemegang sahamnya telah meluluskan cadangan penggabungan operasi telekomunikasi CELCOM Axiata Bhd dan DIGI.Com Bhd.

Menurut konglomerat telekomunikasi itu, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan hari ini.

“Keputusan EGM melalui undian telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia seperti yang dikehendaki oleh peraturan yang terpakai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Axiata berkata dengan persetujuan pemegang saham, penggabungan itu hampir selesai, selepas mendapat kelulusan sebelum ini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia sebelum EGM ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved