Pemenang Hadiah Nobel Kimia 2024 Meninggalkan Google DeepMind Untuk Menyertai Anthropic

WorldTechnology
20 Jun 2026 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hadiah Nobel Kimia 2024 dianugerahkan kepada David BakerDemis Hassabis dan John Jumper kerana sumbangan mereka kepada penemuan kesemua struktur protein yang wujud di dunia. Hadiah dibahagikan kepada dua dengan separuh kepada David Baker atas sumbangan kepada reka bentuk protein berkomputer. Separuh lagi hadiah diberikan kepada Demis Hassabis dan John Jumper atas sumbangan kepada ramalan struktur protein menerusi Google DeepMind.

Image from: Pemenang Hadiah Nobel Kimia 2024 Meninggalkan Google DeepMind Untuk Menyertai Anthropic

Hari ini John Jumper mengumumkan beliau meninggalkan DeepMind selepas bertugas selama 9 tahun untuk menyertai Anthropic. Semasa di DeepMind, Jumper mengetuai pasukan AlphaFold. Hassabis dan Jumper membangunkan kecerdasan buatan (AI) AlphaFold di Google DeepMind empat tahun lalu dengan ia menemukan lebih 200 juta struktur protein yang wujud di dunia bagi memajukan sains perubatan. Setakat ini penemuan AlphaFord telah digunakan untuk membangunkan antibiotik yang lebih baik serta penyelesaian kepada masalah pencemaran plastik.

Pengambilan Jumper dilihat sebagai usaha Anthropic untuk melebarkan penggunaan AI dalam bidang sains. Google DeepMind sudah mempunyai beberapa projek sains yang berjaya selain AlphaFold serta model ramalan cuaca sehingga dua minggu.

OpenAI turut menggandakan usaha mereka dalam bidang sama sementara Midjourney minggu ini secara mengejut menyertai bidang perubatan menerusi mengumumkan pengimbas badan ultrasonik dikuasakan AI.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved