Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER

Cars
5 Nov 2026 • 8:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER

02-Tonton-Grand-Prize-Winner-Nissan-KICKS-e-POWER.jpgLeong Pik Leng dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama Kempen Tonton Non Stop, On Top! Pusingan Ke-3. Untuk itu, dia membawa pulang sebuah SUV Nissan Kicks e-POWER serba baharu dalam satu majlis penyerahan rasmi yang dianjurkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini.Menurutnya, ia adalah satu  kemenangan terbesar dalam hidupnya."Sehingga kini, saya masih tidak percaya bahawa saya dapat memandu pulang sebuah Nissan KICKS e- POWER serba baharu! Saya sangat gembira dan bersyukur kepada Nissan dan Tonton kerana menjadikan detik yang luar biasa ini satu kenyataan."Ini merupakan kenderaan Nissan pertama saya. Walaupun saya berasa sedikit gementar, tetapi saya sangat terujauntuk mula memandunya. Saya tidak sabar untuk menikmati perjalanan yang bakal menanti dan berkongsi kegembiraan ini bersama keluarga saya,” katanya.Pengalaman Pemanduan Unik Nissan Kicks e-POWER01-Ms-Leong-Receives-Nissan-KICKS-e-POWER.jpgModel Nissan Kicks e-POWER menawarkan teknologi elektrifikasi yang berbeza daripada kenderaan konvensional.Kenderaan ini digerakkan sepenuhnya oleh motor elektrik. Ia memberikan tork serta-merta, pecutan lancar, serta kabin yang senyap dan responsif.Selain itu, enjin petrol bertindak mengecas bateri kenderaan secara langsung. Ini memastikan pemandu menikmati kecekapan bahan api tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada stesen pengecasan elektrik luaran.Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd, Christopher Tan turut mengucapkan tahniah kepada Leong atas  kemenangan Nissan KICKS e-POWER."Kami amat gembira dapat berkongsi keterujaan beliau ketika memulakan perjalanan baharu bersama Nissan. Kami berharap Nissan KICKS e- POWER akan memberikan beliau pengalaman pemanduan yang menyeronokkan serta banyak kenangan indah yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved