Pemergian Dicemburui, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Tadarus Al-Quran

29 Mar 2024 • 2:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki warga emas di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia meninggal dunia ketika sedang membaca al-Quran dalam satu pertandingan tadarus.

Detik-detik terakhir kehidupan warga emas bernama Abdul Rasyid yang berusia 72 tahun itu telah dirakam kamera di Masjid Nurul Ilmi di Universiti Negeri Makassar (UNM), lapor detiksulsel.

image is not available

Menerusi rakaman video tersebut, Abdul Rasyid baharu sahaja selesai menunaikan solat Zohor secara berjemaah sebelum membaca al-Quran.

Tidak lama kemudian, badan Abdul Rasyid menjadi lembik dan jatuh ke lantai dalam keadaan terlentang dan al-Quran yang dipegangnya jatuh ke sisi kakinya.

Jemaah lain yang berada di masjid itu kemudiannya mendekati badan Abdul Rasyid untuk memeriksa keadaan warga emas itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Semarak Ramadan Masjid Nurul Ilmi Nawadir, Rahmat Sande berkata pada awalnya mereka menyangka Abdul Rasyid hanya pengsan.

Bagaimanapun, selepas memeriksa keadaan Abdul Rasyid, mereka mengesahkan warga emas itu sudah pun meninggal dunia.

Lelaki meninggal dunia ketika tadarus al-Quran

image is not available

“Satu jam selepas dia solat zohor, dia sedang mengaji dan tiba-tiba pengsan. Saya tidak tahu sama ada kerana serangan jantung atau apa.

“Tapi tak sampai satu minit dia sudah tiada,” katanya.

Tambahnya, Abdul Rasyid merupakan salah seorang daripada pengurus masjid itu dan dia menyertai pertandingan itu untuk memeriahkan penyertaan.

“Ya, dia meninggal dunia. Dia juga salah seorang pengurus masjid dan ambil bahagian dalam pertandingan itu untuk memeriahkannya,” ujarnya.

Menurut Rahmat, Abdul Rasyid membaca al-Quran sepanjang hayatnya dan menganggap warga emas itu meninggal pada saat yang mulia kerana sedang membaca kitab suci.

image is not available

“Sebab semangatnya membaca al-Quran tinggi, jadi mungkin Allah memanggilnya husnul khatimah,” katanya.

Jenazah Abdul Rasyid dibawa ke rumah pengebumian tidak lama selepas kejadian dan dibawa ke kampung halamannya di Soppeng untuk dikebumikan pada Isnin.

“Selepas itu dia dibawa ke rumahnya dan dikebumikan selepas disahkan positif kematian. Pada jam 11 malam dia terus dibawa menaiki ambulans ke Soppeng.

“Dia dikebumikan selepas solat zuhur,” ujarnya.

Tonton video penuh:

Sumber: Detiksulsel