Pemergian dicemburui, pelajar Malaysia di Jordan meninggal dunia selepas tunai umrah

LocalTravel
14 Feb 2025 • 7:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pelajar Malaysia di Jordan dilaporkan meninggal dunia selepas pulang dari menunaikan umrah pada 11 Februari.

Menurut laporan Berita Al Hijrah, Allahyarham Nur Ain Nabila Mohd Damin, 19, yang merupakan pelajar tahun kedua bagi jurusan Fiqh Wa Usuluh di Universiti Mu’tah, Jordan menghembuskan nafas terakhirnya disebabkan serangan jantung.

Rakan kepada arwah yang dikenali sebagai Mohamad Syahmiel Izzuwa Mohamad Rosly berkata, Nur Ain Nabila tiba di Mu’tah dengan menaiki bas selepas selesai menunaikan umrah bersama rombongan pelajar lain.

Bagaimanapun, Nur Ain Nabila pengsan secara tiba-tiba di dalam bas dan dikejarkan ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Pelajar Malaysia di Jordan

image is not available

“Pihak hospital melakukan CPR sebaik saja arwah tiba di wad kecemasan kemudian keadaan arwah kembali normal.

“Namun lebih kurang 10 minit kemudian, bacaan jantungnya dikatakan semakin menurun dan lemah sebelum meninggal dunia,” katanya.

Pelajar Malaysia di Jordan

image is not available

Dalam pada itu, Syahmiel memberitahu jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mu’tah, Jordan sebaik sahaja selesai diuruskan di Hospital Karak, Jordan.

Sumber: Berita Al Hijrah (Faez)