Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM

LocalFootball
22 Feb 2025 • 9:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai berita ADUN Ayer Kuning meninggal dunia. (Gambar kecil: Mohd Firdaus)

PERSATUAN Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) menyifatkan pemergian bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak, Ishsam Shahruddin satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara.

Malah, Presiden PBMM, Mohd Firdaus Mohamed juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam yang juga ADUN Ayer Kuning, Perak tersebut.

“Kami seluruh warga komuniti PBMM turut berdukacita dan bersedih atas pemergian Allahyarham YB Ishsam yang kami hormati,” kata Mohd Firdaus kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Difahamkan legenda skuad Kejor Yeop Kejor itu meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika mewakili Perak dalam perlawanan persahabatan Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang, pada Sabtu.

Ishsam, 59, sebelum itu diberikan rawatan awal di lokasi kejadian dilaporkan menghembus nafas akhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapat rawatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved