Pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan hiburan - Fahmi

LocalEntertainment
22 Jun 2025 • 8:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai Raja Nurfatimah Mawar meninggal dunia.

KUALA LUMPUR - Pemergian Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), Raja Nurfatimah Mawar Mohamed pada Ahad merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan tanah air khususnya dalam bidang hiburan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran Facebook menzahirkan dukacita atas berita itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Raja Nurfatimah serta warga kerja BH.

"Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

"Allahyarhamah merupakan seorang pengamal media yang disegani oleh rakan-rakan dan kenalan seindustri,” katanya.

Raja Nurfatimah, 49, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Sungai Long, Kajang selepas mengadu sakit dan sukar bernafas kira-kira jam 2 petang Ahad.

Allahyarham memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kewartawanan dan cukup dikenali dalam kalangan pengamal industri seni.

Jenazah dibawa ke Hospital Kajang bagi proses bedah siasat dan dijangka dibawa ke kampung halaman di Kuala Terengganu untuk dikebumikan. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved