Pemergian Samy Vellu: Negara Kehilangan Seorang Pemimpin Hebat - PM

LocalPolitics
15 Sep 2022 • 12:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ismail Sabri memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Samy Vellu di kediamannya di Jalan Ipoh, sebentar tadi. - Gambar oleh Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - Negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat setelah bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mendiang Samy Vellu sebelum ini berjaya menyatukan masyarakat India di Malaysia, selain memperjuangkan nasib kaum itu.

@getaranmy

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tun S. Samy Vellu di kediamannya di Jalan Ipoh, sebentar tadi. Samy Vellu meninggal dunia 7 pagi tadi. #GetaranMY

♬ Sad Music - Max-Music

“Kita kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Tun Samy Vellu yang selama ini dianggap sebagai bapa penyatuan kepada masyarakat India.

“Kita lihat Tun Samy Vellu sewaktu menjadi Presiden MIC berjaya menyatupadukan masyarakat India di Malaysia dan memperjuangkan masyarakat India dari segi ekonomi dan sebagainya, maka negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat seperti Tun ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022 di sini hari ini.

image is not available
Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.

image is not available
Mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir boleh hadir ke kediaman rasmi beliau di No. 19, Lengkongan Vethavanam, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh di sini, selepas jam 2 petang hari ini.

Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi.

Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam.

Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979. - Bernama