Pemergian Tun Abdullah kehilangan besar buat rakyat Sarawak – TPM Fadillah

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 4:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengusung keranda jenazah Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk disolatkan di Masjid Negara, pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada rakyat Sarawak.

Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang pemimpin berwibawa yang telah menyumbang pelbagai inisiatif penting sepanjang pentadbirannya, termasuk membawa pendekatan Islam Hadhari serta membangunkan Sarawak melalui projek besar seperti Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Bagi pihak diri saya dan mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta seluruh rakyat Sarawak, kami mengucapkan takziah kepada Tun Jeanne dan seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya ketika ditemui selepas upacara pengebumian negara di Masjid Negara, pada Selasa.

“Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan negara melalui pendekatan Malaysia Hadhari yang membawa nilai pembudayaan Islam progresif dalam pentadbiran. Di Sarawak, SCORE adalah antara legasi besar beliau yang kini membuahkan kejayaan,” ujarnya.

Fadillah turut memanjatkan doa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dikurniakan syurga oleh Allah SWT.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran upacara penghormatan negara, termasuk pasukan keselamatan, bahagian protokol dan pengurusan Masjid Negara.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan istiadat penghormatan ini amat bermakna dalam mengenang jasa besar Allahyarham kepada negara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved