Pemeriksaan kesihatan percuma di Hari Sukan Negara MPKj Ahad ini

9 Oct 2023 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 9 OKT: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menganjurkan Hari Sukan Negara daerah Hulu Langat dan Bandar Baru Bangi Pagi Tanpa Kenderaan pada 15 Oktober ini.

MPKj menerusi Facebook memaklumkan program dari jam 6.30 hingga 11 pagi di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi akan diserikan dengan pemeriksaan kesihatan percuma oleh pusat kesihatan KPMC.

Antara aktiviti menarik termasuk 500 peserta terawal yang membawa barangan kitar semula berpeluang menerima t-shirt dan beg eksklusif.

Selain itu acara berbasikal, ‘fun walk’, ‘inflatable playground’, seni pasir, pertandingan mewarna, pertunjukan badut, muzik jalanan serta cabutan bertuah.

Turut diadakan aktiviti senamrobik, jualan kendera saji serta pameran daripada pelbagai agensi dan institusi pendidikan.

image is not available