Pemeriksaan kesihatan percuma dijangka bermula April: James

31 Jan 2024 • 2:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, seperti diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor baru-baru, dijangka bermula April atau Mei depan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib berkata, inisiatif di bawah agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) itu akan mula dilaksanakan di 10 daerah.

Menurutnya, 10 daerah di Pantai Timur Sabah akan menjadi daerah perintis untuk inisiatif di bawah KPMKR itu, sebelum diperluaskan ke daerah lain pada tahun ini juga.

“Sebanyak 10 buah van makmal bergerak lengkap telah disediakan termasuk tenaga pegawai perubatan dan doktor untuk usaha ini yang turut melibatkan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Kemungkinan kita akan tambah lagi makmal bergerak ini untuk memberi akses pemeriksaan kesihatan kepada semua rakyat, termasuk masyarakat di luar bandar,” katanya.

Mengulas lanjut, James berkata, mekanisme perkhidmatan itu merangkumi pelbagai jenis pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan awal kanser serta penyakit serius lainnya.

Tambahnya, sekiranya pesakit perlukan rawatan susulan untuk penyakit serius, pesakit akan dirujuk ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera.

“Pada masa sama, makmal bergerak ini turut menyediakan ubat-ubatan untuk pesakit selepas mengenalpasti gangguan kesihatan dialami mereka menerusi pemerkasaan dijalankan,” katanya.

James berkata, bagi kawasan yang hanya boleh dilalui jalan sungai atau laut, pihaknya akan menggunakan perahu atau pun bot, bergantung kepada keadaan ketika itu.

Katanya, pihaknya juga bercadang menggunakan khidmat bot ambulan milik JPNS sebagaimana khidmat untuk masyarakat Pulau Banggi sebelum ini.

Pada masa sama katanya, pihaknya juga bercadang untuk menambah kenderaan sedia ada khususnya bot atau perahu makmal bergerak di masa depan agar perkhidmatan itu lebih meluas.

Dalam perkembangan lain, James meminta kebiasaan membawa warga Semenanjung mengisi gred jawatan tinggi bagi kementerian persekutuan yang ada di Sabah, dihentikan.

“Kalau pegawai itu terpaksa balik bertugas di Semenanjung, cari saja gred sama di sana tapi jangan bawa sekali gred jawatan ini. Kalau dibawa juga gred jawatan ini ke Semenanjung, maka kuranglah gred kita di Sabah ini hingga menutup peluang warga kita mendapat gred sama di masa depan,’ tegasnya.

James turut meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghentikan amalan memindahkan warganya khususnya orang Sabah untuk bertugas di negeri lain.

Beliau berkata, sebaliknya, warga KKM Sabah terutamanya jururawat berjawatan tetap harus kekal bertugas di wilayah ini dan jika perlu dipindahkan pun hanya ke daerah lainnya di Sabah.

“Hentikan pindah jururawat Sabah ke Semenanjung atau ke Sarawak kerana kita di Sabah pun masih kekurangan jururawat dan jika ingin dipindahkan pun, hanya sekitar dalam negeri ini juga.

“Alasan tiada kekosongan jawatan jururawat di Sabah hingga mereka terpaksa dipindahkan ke luar Sabah, ia tidak masuk akal kerana masih banyak jawatan lainnya di Sabah yang mereka boleh ditempatkan,” tegasnya.

Terdahulu, James turut menyaksikan Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di majlis itu antara PMKR diwakili Setiausaha Tetapnya, Maria Choong dan Borneo Sinarmas diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Dr. Kuan Chee Sian.

MoU itu melibatkan kerjasama dengan KPMKR dan Borneo Sinarmas dalam inisiatif pemeriksaan kesihatan percuma untuk seluruh rakyat Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.