Pemilihan Bersatu Selangor: Empat penjuru di Selayang, Hulu Langat

LocalPolitics
9 Oct 2024 • 3:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru bagi jawatan Ketua Bahagian di Selayang dan Hulu Langat.

Di Selayang, penyandang, Azman Yaakob akan bersaing bersama tiga pencabar lain, Ahmad Nasir Mid, Morzailan Ismail dan Azinal Abidin Ali.

Sementara Hulu Langat, empat calon berentap bagi jawatan itu ialah Anizan Othman, Azhar Hambali, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar dan Muhammad Faiz Rahmad.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Selangor, Hamsah Jabir berkata, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang tanpa bertanding di Gombak.

Menurutnya, 11 kawasan lain iaitu Kuala Selangor, Sepang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Bangi, Puchong, Subang, Sungai Buloh, Klang, Kota Raja, Kuala Langat turut tiada pertandingan bagi jawatan itu.

"Sebanyak 19 daripada 22 bahagian terlibat bagi Pemilihan Bersatu Selangor kali ini kecuali Tanjong Karang, Hulu Selangor dan Petaling Jaya.

"Tujuh kawasan berlaku pertandingan untuk jawatan Ketua Bahagian iaitu Selayang, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Damansara, Shah Alam dan Kapar," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, pemilihan sayap Bersekutu dijadual berlangsung Sabtu ini, sementara Armada dan Srikandi pada 26 Oktober disusuli peringkat Bahagian, 2 November depan.

Tambah beliau, JPP Selangor menerima hampir 1,200 borang pencalonan yang 866 daripadanya disahkan layak bertanding selepas proses tapisan dilakukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved