Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS: Hajiji

4 Dec 2024 • 3:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Pemilihan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah mengucapkan tahniah kepada Ewon dan menegaskan kepentingan mengeratkan hubungan antara kedua-dua gabungan parti berkenaan demi kebaikan rakyat Sabah.

“Tahniah kepada beliau (dilantik) menjadi Pengerusi (PH Sabah yang baharu). Kita harap hubungan kerjasama dan perpaduan antara parti-parti di Sabah terutama PH dan GRS terus mantap. Sebelum ini pun kita telah bekerjsama dan usaha ini wajar diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik

Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035 di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more Pada masa sama, Hajiji turut menzahirkan harapan bahawa gabungan parti dalam PH Sabah seperti DAP, PKR, Upko dan Amanah, bersama-sama parti dalam GRS, akan dapat membentuk sinergi kukuh untuk membantu Sabah ke arah kemajuan.

Pada majlis sama, Hajiji turut melancarkan beberapa inisiatif penting termasuk Rangka Tindakan Transformasi Sosioekonomi Akar Umbi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman 2024-2030, Pelan Pemberdayaan Komuniti Nelayan Kampung Penimbawan serta aplikasi dan buku ReTrack.

Pada Ahad, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dipilih menggalas jawatan Pengerusi PH Sabah yang baharu bagi penggal 2024 hingga 2026 dalam mesyuarat agung parti itu.

Beliau menggantikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew yang telah menerajui PH Sabah sejak 2017.