Pemilihan KEADILAN: Hans Isaac menang Ketua Cabang Ampang

1 Jul 2022 • 1:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 JULAI: Pelakon dan pengarah terkenal Datuk Hans Isaac memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang dalam pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2022 yang berlangsung Rabu.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, memperolehi 748 undi menewaskan pencabar terdekatnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, atau Altimet dengan perbezaan dua undi.

Menurut laporan Astro Awani, tiga lagi pesaing iaitu Abdullah Md Zain memperolehi 101 undi, Sam Hoo Wai (70) dan Abdul Latif Shaari (10 undi), manakala Abdul Halim Mohamed Yusof menarik diri.

Pemilihan semula diadakan berikutan kes salah laku pengundian di cabang tersebut pada 21 Mei lalu.