Pemilihan PKR: Pertembungan sengit rebut 'kerusi panas'

LocalPolitics
9 May 2025 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pencalonan untuk bertanding jawatan utama PKR dibuka sehingga 11.59 malam Jumaat. Gambar kecil: NURUL IZZAH dan RAFIZI

image is not available
Setakat jam 5.30 petang Jumaat, Rafizi dan Nurul Izzah telah menghantar borang pencalonan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menjadi individu kedua yang menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang pemilihan parti hujung bulan ini.

Namanya muncul bersama Nurul Izzah Anwar di bawah kategori tersebut, menjadikan kedudukan 'kerusi panas' itu pertandingan berprofil tinggi dalam merebut saf kepimpinan utama parti itu yang terkenal dengan slogan 'Reformasi'.

**media[3118616]**

Namun setakat jam 5.30 petang, bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang sebelum ini disebut-sebut berpotensi sebagai calon, masih belum memfailkan pencalonannya.

Terdahulu, Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada pengasas dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi individu pertama mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan berkenaan.

Sebelum ini beliau dilapor telah mendapat sokongan lebih 150 cabang PKR seluruh negara yang mahukan Puteri Reformasi itu bertanding merebut jawatan berkenaan.

Sementara itu, Rafizi yang tampil mengesahkan akan mempertahan jawatan disandangnya turut mengalu-alukan pencalonan mana-mana pemimpin dengan menyifatkan hak untuk bertanding wajar diraikan dalam semangat demokrasi.

Pencalonan untuk bertanding jawatan utama PKR dibuka sehingga 11.59 malam Jumaat.