Pemilihan PKR selepas Mei 2025 - Fuziah

LocalPolitics
30 Oct 2024 • 6:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fuziah Salleh. Foto fail Bernama

image is not available
Fuziah (enam dari kanan) ketika penyerahan sumbangan Bakul Rahmah Deepavali kepada penerima terpilih pada Rabu.

TEMERLOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat pemilihan selepas mandat dipegang barisan pimpinan parti itu pada ketika ini berakhir Mei tahun depan, kata Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.

Menurutnya, tidak timbul isu pemilihan parti itu akan ditangguhkan kerana barisan sedia ada masih sah.

"Sebenarnya pemilihan parti memang tarikh akhir pada Mei 2025, maksudnya tidak ada sebab untuk menangguhkannya.

"Naratifnya bukan disegerakan tapi maksudnya akan dilakukan ikut masa, tidak ditangguhkan selepas pilihan raya tapi memang tamat tempoh pada Mei 2025," katanya.

**media[2869035]**

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan lawatan sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Pasar Raya BS Freshmart dekat Mentakab di sini pada Rabu.

Sebelum ini, pada Ahad, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pemilihan yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dengan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.

Anwar memberitahu, keputusan tidak menangguhkan pemilihan PKR itu diambil dalam mesyuarat Biro Politik parti itu.

View Original Article