Pemilihan Wanita UMNO: Noraini, Shahrizat Bersaing Sengit

Politics
11 Mar 2023 • 7:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Noraini Ahmad (kanan) dan Shahrizat Abdul Jalil (kiri) merupakan calon yang bertanding untuk jawatan Ketua Wanita UMNO - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR – Calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga penyandangnya dan Tan Sri Shahrizat Jalil kini bersaing sengit untuk merebut jawatan itu.

Menerusi siaran langsung di Facebook UMNO Online, kedua-dua mereka masing-masing memproleh undi daripada enam bahagian, setakat jam 7.15 petang tadi.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong memegang jawatan orang nombor satu itu selepas memenangi pemilihan sayap UMNO berkenaan pada 2018.

Manakala, Shahrizat yang pernah menerajui Wanita selama 10 tahun bermula 2008, kemudian membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan Jun 2018.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau memandang serius suara lantang rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dilakukan dalam UMNO.

Bagaimanapun, Shahrizat yang juga mantan Ahli Parlimen Lembah Pantai kembali mengumumkan untuk bertanding pada pemilihan kali ini. – Getaran, 11 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved