Pemilik AI Pin Diarahkan Berhenti Gunakan Pengecas Kerana Risiko Terbakar

TechnologyDigital
6 Jun 2024 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Humane AI Pin ialah “pin pintar” pertama dipasarkan dengan ia menjanjikan sebuah pembantu maya yang benar-benar bijak sehingga anda tidak lagi memerlukan sebuah telefon pintar. Tetapi realitinya perisian yang digunakan tidak sebaik yang diiklankan dan lebih tragis hayat baterinya pula hanya beberapa jam. Oleh itu apabila Humane mengarahkan pemilik AI Pin untuk berhenti menggunakan kerangka pengecas bateri, ia menimbulkan satu lagi masalah besar kepada syarikat.

image is not available

Menurut laporan The Verge, Humane menghubungi pemilik untuk berhenti menggunakan Charge Case Accessory yang boleh mengecas AI Pin apabila disimpan di dalamnya kerana risiko kebakaran. Isu hanya melibatkan Charge Case Accessory sahaja maka Battery Booster dan Charge Pad yang turut diberikan dengan setiap pembelian masih selamat digunakan. Mereka kini sedang dalam proses mencari vendor baharu untuk mengeluarkan kerangka pengecas yang lebih selamat digunakan.

Kerana AI Pin tidak mencapai sasaran jualan, Humane dilaporkan sedang mencari pembeli dengan syarikat dinilaikan sekitar $1 bilion. Masa depan AI Pin dan Rabbit R1 nampak kelam tahun ini kerana OpenAI, Google dan Apple akan melancarkan produk AI mereka sendiri dalam masa terdekat dengan perisian yang lebih baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved