Pemilik kapal dakwa Semboyan Malaysia ceroboh & ambil kenderaan, Yusuf Azmi beri penjelasan

LocalPolitics
15 Mar 2025 • 10:21 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Seorang pemilik kapal membuat laporan polis terhadap Semboyan Malaysia selepas mendakwa NGO itu menceroboh dan mengambil beberapa kenderaan dari sebuah fasiliti penyimpanan di Pendamar, Klang, semalam.

Peguam pemilik kapal, Jeremy M Joseph, menyatakan tindakan itu melanggar hak undang-undang dan disifatkan sebagai jenayah. Laporan polis telah dibuat terhadap pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi, serta kumpulannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, sekumpulan lelaki mengambil 28 kenderaan yang masih dalam proses tuntutan insurans tanpa kebenaran. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan.

@ipk.tv4

Pencerobohan dan Kecurian Kenderaan di Fasiliti Penyimpanan – Pemilik Kapal Ambil Tindakan Undang-Undang PORT KLANG, 13 Mac 2025 – Pemilik kapal M.V. Malaysia Star mengeluarkan kenyataan media hari ini berhubung satu insiden pencerobohan dan kecurian kenderaan di sebuah fasiliti penyimpanan di VV eMall, Jalan Bayu Laut, Kota Bayuemas, Klang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh firma guaman Tetuan Joseph & Partners, sekumpulan individu yang diketuai oleh Yusuf Azmi bersama kumpulan aktivis Semboyan Malaysia telah bertindak menceroboh fasiliti tersebut dan mencuri sejumlah kenderaan yang belum dikenal pasti. Sebelum ini, pemilik kapal telah menguatkuasakan hak lien secara sah terhadap 34 kenderaan yang berada di atas kapal pada waktu kebakaran berlaku. Kenderaan-kenderaan tersebut disimpan di fasiliti berkenaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan lien tersebut. Pemilik kapal telah membuat laporan polis berhubung insiden ini dan menasihati orang awam agar berhati-hati dalam berurusan dengan individu yang terlibat. Selain itu, tindakan undang-undang sedang dipertimbangkan, termasuk tindakan sivil dan jenayah. Sehubungan itu, pemilik kapal menyeru mana-mana pihak yang telah mengeluarkan kenderaan dari fasiliti berkenaan agar segera memulangkannya bagi mengelakkan implikasi undang-undang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada: Jeremy M Joseph Tetuan Joseph & Partners E-mel: jeremy@jnplaw.my Telefon: +603 6203 7877 | +6012 3955 594

♬ original sound – DNP – DNP

Diarah serahkan kereta kepada pemilik

@yusufazmiofficial

PART 1 – KAMI DAH JUMPA KERETA YANG DISOROKKAN ‼️ Mereka ingat kami akan diam. Mereka fikir kami akan menyerah. Tapi kami tidak akan biarkan diri kami terus ditindas! Kami sudah tahu lokasi sebenar kenderaan yang mereka sembunyikan, dan kami telah pergi mengambil hak kami sendiri! Kenapa perlu sampai sejauh ini untuk mendapatkan sesuatu yang memang milik kami? Kenapa ada pihak yang sanggup menyorokkan kenderaan kami dan membiarkan kami menderita? Ini bukan lagi soal wang semata-mata. Ini tentang hak dan maruah mangsa yang ditipu dan dipermainkan! Kami takkan lupa, dan kami takkan biarkan ini berlaku lagi! Kepada pihak yang bertanggungjawab, kami mahu jawapan! Jangan fikir boleh lepas tangan begitu sahaja! Kami akan terus bersuara, dan kami tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan!” Tekan link atau terus buat pembelian di Showcase Tiktok ‘Yusufazmiofficial’ dan jadi orang yang terawal dapatkan design terbaru kami. https://vt.tiktok.com/ZSMU79G9p/ #KamiDahJumpa #JanganCubaSorokkanHakKami #KitaLawan #MangsaTidakAkanDiam #TindakanHarusDiambil

♬ original sound – Semboyan Malaysia – Semboyan Malaysia

Bagaimanapun, Yusuf Azmi menafikan pihaknya bertindak secara melulu. Katanya, tindakan itu dilakukan atas permintaan pemilik kenderaan yang terkesan dan setelah pelbagai usaha lain menemui jalan buntu.

“Kami sudah berbincang dengan syarikat perkapalan serta pihak Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa Pelabuhan Utara. Syarikat perkapalan diarahkan untuk menyerahkan kenderaan kepada pemilik, tetapi mereka tetap berkeras meminta bayaran 60 peratus daripada pemilik yang tiada insurans sebelum melepaskannya,” katanya.

@yusufazmiofficial

PART 2 – KAMI DAH JUMPA KERETA YANG DISOROKKAN ‼️ Kami sudah tahu lokasi sebenar kenderaan yang mereka sembunyikan, dan kami telah pergi mengambil hak kami sendiri! Kenapa perlu sampai sejauh ini untuk mendapatkan sesuatu yang memang milik kami? Kenapa ada pihak yang sanggup menyorokkan kenderaan kami dan membiarkan kami menderita? Laporkan Isu & Kes Pengguna di Semboyan Malaysia Hotline Aduan Rasmi → https://wa.me/60193388500 Tekan link atau terus buat pembelian di Showcase Tiktok ‘Yusufazmiofficial’ dan jadi orang yang terawal dapatkan design terbaru kami. https://vt.tiktok.com/ZSMU79G9p/ #KamiDahJumpa #JanganCubaSorokkanHakKami #KitaLawan #MangsaTidakAkanDiam #TindakanHarusDiambil

♬ original sound – Semboyan Malaysia – Semboyan Malaysia

Menurut Yusuf, pemilik kenderaan telah lama menunggu penyelesaian, namun syarikat perkapalan enggan bertolak ansur walaupun sudah ada perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan.

“Ramai pemilik datang kepada kami mengadu bahawa mereka tidak dapat mengambil kenderaan mereka walaupun mereka mempunyai bukti pemilikan yang sah. Ada yang sudah berbulan-bulan menunggu dan mengalami kerugian kerana kenderaan mereka tidak boleh digunakan. Kami cuba berbincang dengan syarikat itu, tetapi mereka menolak sebarang penyelesaian selain bayaran yang ditetapkan mereka,” jelasnya.

Tiada dokumen rasmi tahan kenderaan

Beliau berkata, syarikat perkapalan juga gagal menunjukkan sebarang dokumen rasmi daripada pihak berkuasa yang membolehkan mereka menahan kenderaan tersebut.

“Kami minta mereka tunjukkan dokumen rasmi atau surat kebenaran yang membolehkan mereka menyimpan kenderaan ini, tetapi mereka gagal kemukakan. Jadi, kami mengambil tindakan bagi memastikan pemilik dapat kembali hak mereka,” tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya hanya membantu pemilik kenderaan mendapatkan semula hak mereka dan bukannya melakukan pencerobohan seperti yang didakwa.

Dalam masa sama, Yusuf Azmi menyatakan kesediaannya untuk memberikan kerjasama kepada polis dalam siasatan dan berharap pihak berkuasa turut menyiasat laporan yang telah lama dibuat oleh pemilik kenderaan yang terjejas.

Sumber: Harian Metro