
IPOH – Pemilik kedai aksesori telefon dikenakan hukuman denda sebanyak RM27,350 di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah memiliki aksesori telefon tiruan dan dengan itu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pada 8 April lalu lebih kurang pukul 12.29 petang, sepasukan anggota serbuan daripada Bahagian Penguatkuasa KPDN Perak telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis di Jalan Kampar, Ipoh.
“Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut telah menemui 1,094 unit casing (sarung telefon) belakang pelbagai jenis dan warna yang terletak di dalam premis. Kesemua barang sitaan ekshibit mahkamah dikembalikan kepada pendakwaan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Pemilik kedai aksesori telefon didenda RM27,350, miliki perhiasan tiruan appeared first on Kosmo Digital.



