Pemilik kedai makan tak terima aduan pelanggan, amuk minta jangan beli lagi

Food
28 May 2024 • 10:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pemilik kedai makan di Bukit Jelutong dipercayai tidak dapat menerima aduan dari pelanggan berkenaan makanan yang dipesan sehingga memblas feedback tersebut dengan begitu kasar.

Bagi kritikan tak nak terima langsung

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook di Bukit Jelutong Community, dia telah memuat naik tangkapan layar mesej yang diterima oleh pemilik kedai makan berkenaan dengan begitu angkuh seakan menyalahkan pelanggan yang membeli di situ.

image is not available

Pemilik kedai makan tak terima pelanggan complaint

Difahamkan, makanan yang dipesan menggunakan aplikasi itu dipercayai mempunyai rasa yang kurang kena dengan tekak pelanggan memandangkan dia sudah menunggu lama untuk hidangan tersebut.

Berang dengan aduan dari pelanggan, pihak kedai makan terbabit membalas kritik-kritikan tersebut dengan begitu ‘garang’ dan seakan menyalahkan pelanggan semula.

Di akhir mesej tersebut, pihak kedai makan meminta pelanggan itu tidak membeli lagi makanan di kedainya.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Pemilik kedai makan bukan main angkuh

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan cara ‘owner’ kedai makan berkenaan yang dilihat sangat tidak beradab dengan pelanggan.

Ada juga warga setempat yang mempunyai pengalaman membeli makanan disitu termasuklah menerima balasan mesej yang hampir sama dengan pengadu berkenaan.

image is not available

Ada yang punya pengalaman sama

 

image is not available

Kalau komen macam ni, minta maaf tak beli dah

image is not available

Seeloknya, pemilik kedai makan menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik selepas ini memandangkan masih ada yang sudi memberikan pandangan mereka berkenaan makanan yang dijual.

Cara tersebut pastinya membolehkan pihak kedai meningkatkan kualiti makanan sehingga orang ramai berpuas hati dan akan menjadi pelanggan tetap di sana kerana layanan yang cukup memuaskan.

Sumber: Facebook Bukit Jelutong Community