Pemilik Kenderaan Pendaftaran Asing Dikenakan Tindakan Jika Beli RON95

LocalPolitics
29 Jan 2026 • 9:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, kerajaan akan menguatkuasakan larangan khusus terhadap pembelian petrol RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing di stesen-stesen minyak.

Ini kerana Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka peraturan baharu bagi menguatkuasakan larangan itu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata langkah itu membabitkan pengenalan undang-undang baharu di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961, bagi memperkukuh kawalan terhadap penyaluran subsidi petrol RON95.

"Ini kerana kerangka perundangan sedia ada, iaitu di bawah Peraturan 12A hanya membabitkan larangan terhadap penjualan, maksudnya tindakan hanya boleh diambil terhadap stesen minyak dan bukannya kepada pemilik ataupun pembeli yang menggunakan pendaftaran kenderaan warga asing.

image is not available

"Jadi melalui peraturan baharu yang sedang kita rangka ini, larangan itu akan bukan sahaja membabitkan penjualan tetapi juga pembelian, maksudnya mereka yang membeli, pemilik ataupun pemandu yang menggunakan kenderaan pendaftaran asing juga boleh dikenakan tindakan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, KPDN sedang melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan menyasarkan peraturan baharu itu dapat dimuktamadkan dan dikuatkuasakan bermula 1 April ini.

Armizan berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) mengenai penguatkuasaan khusus atau tambahan untuk mengekang ketirisan subsidi RON95 khususnya di stesen minyak di kawasan sempadan.

BERNAMA