Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang

LocalBusiness & Finance
1 Jul 2026 • 2:19 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Pemilik kenderaan diesel jenis pikap atau jip kini boleh memohon tambahan kuota 100 liter BUDI Diesel bermula 1 Julai 2026. Jika diluluskan, jumlah kelayakan subsidi meningkat daripada 200 liter kepada sehingga 300 liter sebulan.

Berikut cara membuat permohonan melalui portal BUDI MADANI.

Baca juga: Tak Layak BUDI Diesel Sebab Kereta Nama Orang Lain? Ini Cara Pindah Kelayakan

Tambahan 100 Liter BUDI Diesel

Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan, pelaksanaan penyasaran subsidi diesel baharu menyaksikan semua individu yang layak menerima had asas sehingga 200 liter sebulan yang boleh digunakan secara fleksibel untuk pembelian diesel bersubsidi atau RON95 bersubsidi, tertakluk kepada baki kelayakan bulanan masing-masing.

Bagi pemilik persendirian kenderaan diesel jenis pikap dan jip, kerajaan menawarkan tambahan kuota 100 liter sebulan, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi sehingga 300 liter sebulan.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berdasarkan anggaran semasa, kira-kira 95% pengguna diesel menggunakan kurang daripada 300 liter sebulan, justeru kuota baharu ini dijangka mencukupi bagi sebahagian besar pengguna.

Image from: Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang

Siapa Layak Mohon?

Permohonan tambahan 100 liter ini adalah untuk:

  • Pemilik persendirian kenderaan diesel jenis pikap
  • Pemilik persendirian kenderaan diesel jenis jip
  • Individu yang memenuhi syarat kelayakan di bawah program BUDI Diesel

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI MADANI atau secara fizikal di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan UTC.

Syarat Kelayakan Tambahan 100 Liter BUDI Diesel

Bukan semua pemilik kenderaan diesel layak menerima tambahan kuota ini. Pemohon mestilah memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai MyKad yang sah.
  • Memiliki lesen memandu yang masih aktif bagi kelas kenderaan yang dibenarkan.
  • Merupakan pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian individu jenis pikap atau jip.
  • Kenderaan mempunyai Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) yang masih aktif.

Nota: Kelayakan tambahan tidak diberikan secara automatik. Pemilik yang layak perlu mengemukakan permohonan melalui portal BUDI MADANI dan permohonan tertakluk kepada semakan serta pengesahan data oleh agensi berkaitan termasuk JPJ.

Image from: Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang

Cara Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel

Ikuti langkah berikut:

Langkah 1

  • Layari portal rasmi BUDI MADANI di: https://budimadani.gov.my
  • Klik “Log Masuk atau Daftar” dan log masuk menggunakan MyDigital ID.

Langkah 2

  • Pilih menu “BUDI Rakyat”, kemudian klik “Permohonan Kelayakan Tambahan BUDI Diesel”.

Langkah 3

  • Klik butang “Mohon Sekarang”.

Langkah 4

  • Baca syarat asas permohonan dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat.

Langkah 5

  • Pilih justifikasi permohonan yang berkaitan, kemudian klik “Seterusnya”.

Langkah 6

  • Masukkan nombor MyKad, tandakan kotak pengesahan dan klik “Sahkan” untuk menghantar permohonan.

Langkah 7

  • Selepas dihantar, anda akan menerima notifikasi bahawa permohonan telah diterima dan sedang diproses.

Langkah 8

  • Anda boleh kembali ke halaman Permohonan Kelayakan Tambahan untuk menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.

Langkah 9

  • Anda juga akan menerima e-mel pengesahan bahawa permohonan telah diterima dan sedang diproses.

Status kelayakan subsidi akan dikemas kini pada 1 hari bulan setiap bulan. Sekiranya permohonan diluluskan, tambahan subsidi diesel akan diaktifkan secara automatik.

cara mohon liter tambahan BUDI diesel
cara mohon liter tambahan BUDI diesel
cara mohon liter tambahan BUDI diesel
Image from: Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang

Cara Semak Status Permohonan

Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui:

  1. Portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my
  2. Log masuk menggunakan MyDigital ID.
  3. Buka menu Permohonan Kelayakan Tambahan BUDI Diesel.
  4. Status permohonan akan dipaparkan pada dashboard

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan liter tambahan Budi Diesel, anda boleh rujuk melalui portal BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.

Pemohon juga boleh menghubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI di talian 1300-88-9595, WhatsApp +603-26314595 atau e-mel tanya@budimadani.gov.my untuk pertanyaan lanjut.

Soalan Lazim (FAQ) Cara Mohon Liter Tambahan BUDI Diesel

Apakah yang dimaksudkan dengan kelayakan liter tambahan BUDI MADANI?

Kelayakan liter tambahan BUDI MADANI merujuk kepada kelayakan tambahan yang diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian individu jenis jip atau pick-up yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Kelayakan tambahan BUDI MADANI 100 liter ini boleh dipohon, menjadikan jumlah kelayakan sehingga 300 liter sebulan.

Siapakah yang layak memohon kelayakan tambahan BUDI MADANI?

Permohonan kelayakan liter tambahan boleh dikemukakan oleh warganegara Malaysia yang memenuhi kriteria berikut:

i. Memegang kad pengenalan (MyKad) yang sah;
ii. Mempunyai lesen memandu aktif bagi kelas dan jenis yang dibenarkan;
iii. Memiliki kenderaan diesel persendirian individu jenis pick-up atau jip yang berdaftar atas nama pemegang lesen memandu yang layak dan kenderaan tersebut mempunyai Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) yang aktif

Kelayakan tambahan ini tidak diberikan secara automatik dan permohonan perlu dikemukakan di pautan https://www.budimadani.gov.my/.

Kelayakan adalah tertakluk kepada semakan dan pengesahan data dengan agensi berkaitan, termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adakah semua pemilik kenderaan diesel boleh memohon kelayakan tambahan BUDI Diesel?

Buat masa ini, kelayakan tambahan hanya dibuka kepada pemilik kenderaan diesel persendirian individu jenis jip atau pick-up yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan

Sekiranya saya memiliki kenderaan jenis jip atau pick-up tetapi menggunakan petrol, adakah saya boleh memohon kelayakan tambahan?

Kelayakan tambahan bagi kategori jip atau pick-up hanya terpakai kepada kenderaan diesel persendirian individu yang memenuhi kriteria kelayakan buat masa ini.

Berapakah jumlah kelayakan tambahan BUDI Diesel?

Khusus untuk pemilik kenderaan diesel persendirian individu jenis jip atau pick-up yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, kelayakan tambahan BUDI MADANI 100 liter boleh dipohon, menjadikan jumlah kelayakan sehingga 300 liter sebulan.

Jumlah kelayakan tambahan ini akan ditambah kepada kelayakan asas BUDI MADANI pengguna.

Bagaimanakah cara untuk memohon kelayakan liter tambahan BUDI MADANI?

Permohonan kelayakan tambahan boleh dibuat di portal rasmi BUDI MADANI di laman sesawang www.budimadani.gov.my dengan langkah-langkah berikut:

i. Klik pautan “BUDI MADANI”;
ii. Log masuk melalui MyDigital ID;
iii. Klik pada drop down menu BUDI Rakyat;
iv. Lengkapkan maklumat peribadi;
v. Lengkapkan maklumat kenderaan diesel;
vi. Pilih justifikasi permohonan yang berkaitan dan klik “Seterusnya”;
vii. Semak dan sahkan maklumat yang telah diisi; dan
viii. Klik “Hantar”. Pemohon akan menerima e-mel pengesahan bahawa permohonan telah berjaya diterima.

Apakah dokumen atau maklumat yang diperlukan bagi permohonan kelayakan liter tambahan?

Pemohon perlu melengkapkan maklumat yang diminta dalam portal BUDI MADANI, termasuk maklumat peribadi, maklumat kenderaan diesel dan justifikasi permohonan.

Pada asasnya, semakan kelayakan akan dibuat melalui semakan silang data dengan agensi berkaitan.

Rujuk soalan lazim tentang Cara Mohon Liter Tambahan BUDI Diesel di sini:

Image from: Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang
Image from: Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang
Image from: Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang
Image from: Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang
Image from: Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang

Baca juga: Harga Petrol Diesel Terkini RON95 RON97 (1-7 Julai 2026)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved