Pemilik restoran diculik sekumpulan lelaki berjaya diselamatkan

8 Mar 2024 • 5:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kok Chin

GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga China diselamatkan polis selepas diculik sekumpulan lelaki di kediamannya di bandar ini pada petang Khamis.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, lelaki berusia 30 tahun itu diselamatkan bersama wang tebusan berjumlah RM277,886 yang dibayar isteri mangsa untuk membebaskannya.

Menurutnya, isteri mangsa telah membuat laporan polis selepas menyedari suaminya tiada di rumah mereka.

"Selepas menerima laporan daripada isteri mangsa, kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini. Mangsa diselamatkan di Bukit Gambir.

"Daripada maklumat yang diterima, kita berjaya menahan empat lelaki iaitu seorang warga tempatan manakala tiga lagi warga China," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Jumaat.

Kata Kok Chin, keempat-empat lelaki berkenaan direman empat hari untuk membantu siasatan.

"Mangsa merupakan pemilik sebuah restoran makanan Thailand di bandar ini. Ketika ditemui, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun dalam keadaan keletihan.

"Kita masih memburu tiga lelaki warga China yang mana, salah seorang daripada mereka adalah dalang kepada kes ini untuk membantu siasatan.

"Polis bagaimanapun masih menyiasat motif penculikan tersebut. Kita juga sedang menyiasat dari semua sudut, sama ada penculikan itu semata-mata untuk tebusan atau ada kaitan dengan masalah peribadi antara suspek dan mangsa seperti hutang atau sebagainya,” tambahnya.

Kok Chin bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mendedahkan beberapa maklumat bagi mengelakkan ia mengganggu siasatan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved