Pemilik restoran tular gambar sekeluarga lari tidak bayar bil RM531

WorldFood
12 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemilik restoran tular gambar sekeluarga lari tidak bayar bil RM531

WASHINGTON: Pemilik sebuah restoran di sini mengambil tindakan sendiri selepas empat sekeluarga didakwa melarikan diri tanpa membayar bil makanan berjumlah AS$130 (RM531).

Zoey Aldahash, pemilik restoran makanan Mediterranean Sweet Zoey di Casper berkata, kumpulan itu memesan pelbagai hidangan merangkumi makanan pembuka selera, minuman, makanan utama dan pencuci mulut semasa waktu makan tengah hari pada Mei lalu.

“Mereka makan semuanya, daripada makanan pembuka selera, minuman, pencuci mulut hingga makanan utama,” katanya kepada seperti dilaporkan Cowboy State Daily pada 8 Ogos lalu.

“Kemudian, mereka berempat berdiri serentak, berjalan ke pintu dan sebaik sahaja pintu dibuka, mereka terus berlari ke kereta,” tambahnya.

Daripada menghubungi pihak polis, Aldahash sebaliknya memuat naik gambar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kumpulan itu di laman Facebook restoran dan meminta bantuan penduduk setempat untuk mengenal pasti mereka.

“Sebuah keluarga telah datang, makan dan minum bernilai kira-kira AS$130, kemudian keluar begitu sahaja tanpa membayar..

“Sebagai sebuah restoran tempatan yang kecil, perkara ini amat memberi kesan kepada kami. Makanan itu bukan sekadar ‘makanan biasa’ ia melibatkan tenaga kerja, bahan-bahan, bil dan titik peluh pasukan kami,” tulisnya.

Aldahash berkata, beliau tidak mahu mencetuskan sebarang kekecohan dan masih membuka kemungkinan bahawa kumpulan itu mungkin tersilap.

Beliau mendedahkan bahawa sebelum ini, lima pelanggan pernah memesan beberapa hidangan utama sebelum lari tanpa membayar.

 Aldahash telah membuat laporan polis ketika itu tetapi mendakwa maklum balas yang dimintanya tidak diendahkan dan tiada sebarang tindakan diambil.

“Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, menghubungi polis tidak membuahkan hasil. Tiada sebarang bantuan diberikan, jadi sebab itulah saya tidak menghubungi polis bagi kejadian kali kedua ini,” katanya. – AGENSI

 

The post Pemilik restoran tular gambar sekeluarga lari tidak bayar bil RM531 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved