Pemilik Restoran ‘Western’ Viral Ludah Air Liur & Kahak Dalam Makanan Mana-Mana ‘Influencer’ Yang Bagi Reviu Buruk?

Food
19 May 2023 • 4:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di Twitter tentang tindakan seorang pemilik kedai makanan western di Petaling Jaya yang didakwa menambah ‘special ingredient‘ kepada mana-mana pelanggan yang ‘banyak bunyi’.

Menerusi satu hantaran, seorang individu telah memuat naik video review kedai tersebut yang dibuat oleh TikToker baru-baru ini dan difahamkan, kualiti dan rasa makanan di situ tidak mengikut citarasanya.

Dalam hantaran yang sama, tangkap layar menunjukkan komen individu yang memberitahu ‘bahan istimewa’ hanya diberikan kepada sesiapa yang tidak menyukai masakan disediakan.

Lebih meloyakan, dia turut berkata ‘bahan istimewa’ tersebut adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh mana-mana owner kedai makan iaitu meludah ke dalam air atau makanan sebelum dihidang.

Banyak je restoran yang buat. Kalau ada pelanggan yang meroyan, makanan dorang akan kena ludah. Air liur berkahak, taik hidung, kuku kaki, taik telinga.”

Sesetengah netizen mendedahkan bahawa restoran tersebut sudah menerima banyak review buruk atau negatif disebabkan faktor rasa makanan dan sikap pemilik kedai yang dikatakan tidak boleh menerima kritikan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan pihak mereka sudah ambil maklum tentang hal yang tular ini dan akan menyusul untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, kedai ini memang boleh dikatakan sudah popular selepas ramai content creator yang membuat video dan dimuat naik di media sosial masing-masing.

image is not available 5 bulan lalu

Ditegur Gelojoh Buat Reviu Makanan, 'Influencer' Tampil Mohon Maaf - "Janganlah Sampai Menghina Fizikal Saya"