
TAWAU: Seorang pemilik syarikat didenda RM45,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, pada Rabu, kerana menggunakan dokumen palsu berkaitan Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya), dua tahun lalu.
Dayang @ Jessie Ambukon, 50, mengaku salah kepada pertuduhan alternatif di hadapan Hakim Jason Ak Juga bahawa dia melakukan kesalahan itu di Unit Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso pada 15 Mac 2021.
Tertuduh membayar denda itu.
Tertuduh yang juga pemilik syarikat JR Samudera Logistic Sdn Bhd, didakwa dengan curangnya menggunakan satu dokumen palsu sebagai tulen iaitu Borang Pengesahan Pekerja Penjana Kerjaya atas nama syarikatnya.
Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 457) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkarnain Rousan Hasbi tampil mendakwa, manakala tertuduh diwakili peguam Nabila & Co.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
