Pemilik Syarikat Watersport Nafi Dakwaan Tidak Telus Dalam Kerosakan Jet Ski

26 Jul 2024 • 2:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dakwaan tidak telus dalam kerosakan jetski ditepis pemilik syarikat watersport

Pemilik Syarikat Watersport Nafi Dakwaan Tidak Telus Dalam Kerosakan Jet Ski. Beberapa hari yang lalu, tular pempengaruh terkenal Sarawak, NgekTsai apabila diminta untuk membayar sejumlah RM15,000 sebagai ganti rugi bahagian jetski yang pecah. Paling mengejutkan, jumlah tersebut perlu dibayar pada hari yang sama. Selepas merayu, jumlah tersebut dapat dikurangkan kepada RM13,000.

Pempengaruh tersebut membuat hantaran di laman Facebooknya di mana beliau berkongsi pengalaman tersebut serta membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut, setibanya di Sarawak.

image is not available

Pengusaha jetski turut tampil kerjasama dengan memberikan bukti kerosakan

Sementara itu, CBW Watersport iaitu syarikat pengusaha jetski yang terlibat dalam kejadian berkenaan, dalam satu kenyataan kepada pihak akhbar tempatan berkata bahawa mereka terkejut dengan hantaran pempengaruh tersebut walaupun jalan penyelesaian telah dipersetujui.

Pemilik syarikat, Rotna Fairi Rahani, menjelaskan bahawa NgekTsai atau nama sebenarnya, Zameen Saini dan rakannya telah diberi taklimat tentang prosedur jetski semasa tiba di Langkawi.

Perlanggaran berlaku semasa tempoh sewaan mereka, dan pempengaruh berkenaan telah diberi taklimat mengenai kerosakan, termasuk rekahan pada jet ski.

Rotna menyatakan bahawa syarikat meminta RM15,000 daripada beliau untuk membaiki kerosakan sebelum bersetuju mengurangkan jumlah kepada RM13,000.

Berikutan laporan polis yang dibuat oleh NgekTsai, Rotna dan kakitangan telah memberi kerjasama dengan menyediakan bukti kerosakan dan kos pembaikan kepada pihak berkuasa.

“Saya telah menjelaskan kepada pihak polis tentang apa yang berlaku semasa kejadian dan mengemukakan rakaman video kerosakan jet ski serta resit untuk alat ganti bernilai RM20,600,” katanya.

Beliau berkata hantaran pempengaruh tersebut telah mencemarkan imej syarikatnya, menyebabkan beliau membuat laporan polis awal hari ini.

Dalam laporan akhbar yang sama, Rotna telah menuntut NgekTsai untuk memadamkan hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf terbuka kepada syarikatnya.

Sekiranya gagal, beliau berkata syarikatnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pempengaruh tersebut.

Jika anda tertinggal kejadian ini, boleh baca di bawah: