Pemilik Tesla Buat Sambungan Pelik, TNB Dapat Tahu Sebab Meter Hantar Isyarat?

LocalTechnology
17 Aug 2024 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tular di internet yang mendedahkan seorang pemilik Tesla sanggup mencuri elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengecas kenderaannya itu.

Bagaimanapun, tindakan pemilik yang tidak bertanggungjawab itu sudah pun dikesan dan pihak TNB telah menyerbu kediaman pemilik Tesla berkenaan.

Namun lokasi kejadian tidak didedahkan.

image is not available

Menurut TNB, tindakan itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan menyebabkan kerugian kepada pihaknya.

“Jadi, TNB terpaksa memotong dan membetulkan semula sambungan litar elektrik,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik Tesla itu mendakwa bahawa pemasangan itu dilakukan oleh pihak teknikal dan dia tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

TNB mengetahui mengenai perkara itu selepas meter berkenaan menghantar isyarat kepada TNB yang menyebabkan pihak TNB datang untuk melakukan serbuan.