Pemilu 2024: Krisdayanti, anak hadir bersama walau beza fahaman politik

4 Feb 2024 • 9:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Krisdayanti berkata, biarpun dia dan Aurel berbeza pilihan, namun keduanya datang bersama ke acara debat tersebut. Foto Instagram/@krisdayantilemos

MENJELANG pusingan akhir debat calon Presiden Indonesia 2024 yang akan berlangsung malam nanti.

Beberapa nama besar dalam dunia hiburan dan budayawan Indonesia turut hadir ke Jakarta Convention Center bagi mengikuti debat tersebut.

Antara yang hadir bagi mengikuti debat tersebut adalah penyanyi, Krisdayanti dan anaknya, Aurel Hermansyah.

Aurel merupakan anak sulung Krisdayanti bersama bekas suami, Anang Hermansyah.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Krisdayanti berkata, biarpun dia dan Aurel berbeza pilihan, namun keduanya datang bersama ke acara debat tersebut.

Debat pusingan akhir ini akan menyaksikan tiga calon Presiden Indonesia, Anies Baswedan dan pasangannya Muhaimin Iskandar, Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming dan Ganjar Pranowo-Mahfud Md.

Krisdayanti merupakan antara artis Indonesia yang didaftarkan sebagai bakal calon anggota legislatif oleh parti politik yang menjadi peserta Pemilu 2024. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved