
Tuaran: Terdapat keperluan untuk memahami kecenderungan golongan muda, khasnya pengundi pertama kali, dalam membawa perubahan kepada pembangunan di negeri ini, kata Pensyarah Kanan Politik dan Pembangunan Manusia, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Romzi Ationg.
Menurutnya, penting untuk pemimpin memahami golongan belia dengan bersama mereka dari awal agar mereka tidak merasakan pemimpin hanya mencari akar umbi secara bermusim.
Advertisement“Belia mesti dirai dan kehadiran pemimpin di kawasan, bersama-sama mereka pastinya mampu memberi perspektif yang positif untuk imej kepimpinan pemimpin itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Forum Belia 18: Agen Perubahan, demokrasi Hari Ini, ‘Get Informed, Get Involved’ di sini, pada Ahad.
